UNIT AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN LATIH REMAJA AKTIVITI LASAK

 

 

 

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Jabatan Amal Wilayah Persekutuan)

Pada 28 Mac lalu, Unit Amal DPPWP telah membawa seramai 20 orang remaja menjalani program Tamrin selama 3 hari 2 malam bertempat di Tanjung Malim, Perak. Dalam program tersebut, Unit Amal DPPWP telah membuat beberapa program tarbiyah disamping membuat program lasak.

Continue reading

Advertisements

LEPAS ADIK SHARLINIE, ADIK ASMAWI PULA HILANG

 

 

http://amalwilayah.wordpress.com

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Jabatan Amal Wilayah Persekutuan)

KUALA LUMPUR (Khamis) 13 MAC 2008 – ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Continue reading

CATATAN BERTUGAS UNTUK HIMPUNAN AMAN ANJURAN PROTES DI KLCC

 

Dr Hatta & Tian Chua sedang minum sambil membuat sidang media sebelum ditangkap

Unit Amal DPPWP & Srikandi menunggu diluar pagar IPK sehingga pukul 12.54 pagi untuk mengetahui perkembangan tahanan.

Peguam memberikan penerangan berhubung mereka yang ditahan

Peguam membawa masuk makanan untuk yang dibeli oleh penyokong yang hadir untuk diberikan kepada mereka yang ditahan

    catatan oleh : Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP) 

Sabtu 26 Januari – Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.

Continue reading

OPERASI KEDUA UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER SYARLINIE

 

KUALA LUMPUR 12 Januari 2007 – Bagi menyambung edaran poster adik Syarlinie yang dibuat di Masjid Kg Baru semalam, Unit Amal DPPWP sekali lagi turun untuk operasi kedua mengedarkan poster tersebut kepada orang ramai. Diketuai oleh Pengarah Continue reading

UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER ADIK SYARLINIE

 

 

KUALA LUMPUR – Bagi menyahut seruan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi, Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini telah turun ke Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur bagi mengedarkan poster kehilangan adik Syarlinie Mohd Nashar yang hilang dan disyaki diculik.

Continue reading

UNIT AMAL W.PERSEKUTUAN BUAT LAPORAN POLIS

 

KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi  yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan ketika Himpunan 100 Ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu.

Continue reading