PETA KE LOKASI JAMBORI AMAL KEBANGSAAN

peta jambori

SEBARANG PERTANYAAN BERHUBUNG LOKASI JAMBORI AMAL KEBANGSAAN, SILA HUBUNGI :

KHAMAINI : 012-4508949
MAKMUN   : 019-4671243

JAMBORI AMAL KEBANGSAAN AKAN DIADAKAN DI KUALA KANGSAR

 

Roy Rasul

 

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) – Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Continue reading

PEMUDA PAS AKAN TUBUHKAN UNIT AMAL SARAWAK

KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) – Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat akan melakukan lawatan kerja sekaligus menubuhkan Unit Amal Sarawak bermula 8 hingga 11 Mei ini.

Pengarah Penerangan dan Penerbitan Jabatan Amal Malaysia, Mohd Aszmi Anuar (gambar) berkata, rombongan seramai 11 orang AJK Jabatan Amal itu akan diketuai Timbalan Ketua Pengarah 1nya, Juhari Usman.

Aszmi berkata, dalam lawatan tersebut, pihaknya akan menziarahi serta menubuhkan Unit Amal di Sebuyau, Lingga, Meludam dan Beladin.

Katanya, dalam lawatan tersebut juga pihaknya akan memberi penerangan mengenai fungi Unit Amal PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan kepada masyarakat Sarawak.

Selain itu katanya, Unit Amal akan turut menjalankan misi dakwah kepada penduduk di kawasan pedalaman.

LEPAS ADIK SHARLINIE, ADIK ASMAWI PULA HILANG

 

 

http://amalwilayah.wordpress.com

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Jabatan Amal Wilayah Persekutuan)

KUALA LUMPUR (Khamis) 13 MAC 2008 – ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Continue reading

HARI AMAL PAHANG

 

oleh : Johari Abd Wahid (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Pahang)

Pada 3 Februari 2008 yang lalu, Jabatan Amal Negeri Pahang telah menganjurkan program Hari Amal Pahang yang bertempat di Parlimen Temerloh. 

Continue reading

PELANCARAN UNIT AMAL KETEREH

 

sumber : http://amalkelate.wordpress.com/

KETEREH 16 JANUARI – Lebih 40 orang ahli unit amal dari Kawasan Ketereh telah menghadiri pelancaran dan taklimat Unit Amal peringkat Kawasan Ketereh bertempat di Pejabat PAS Kawasan di sini. Majlis yang mengumpulkan ahli unit amal dari 3 DUN iaitu Melor, Kadok dan Continue reading

IJTIMAK JABATAN AMAL NEGERI KEDAH 2008

 

oleh : Zaidi Mohd Nor (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah)

GUAR CHEMPEDAK 26 JANUARI – Lebih 80 orang ahli unit amal dari seluruh negeri Kedah menyertai Ijtimak Unit Amal yang diadakan di Sekolah Integrasi Faizin di sini. Majlis yang mengumpulkan wakil-wakil ahli unit amal dari 11 kawasan itu telah dirasmikan oleh Sdr Sanusi Mohd Noor, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Continue reading

JABATAN AMAL NEGERI KEDAH PERKENAL KADET REMAJA

 

oleh : Zaidi Mohd Nor (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah)

Dalam usaha mencari pelapis bagi unit amal, Jabatan Amal Negeri Kedah telah memperkenalkan kadet unit amal di sekolah-sekolah agama rakyat.

Continue reading

UNIT AMAL PULAU PINANG ANJUR JAMBORI 3 HARI DI BALIK PULAU

BALIK PULAU, 28 Januari (Hrkh) – Unit Amal Pulau Pinang akan berkampung selama tiga hari di Parlimen Balik Pulau untuk menjayakan program Jambori Amal kali ke-4 pada 8, 9 dan 10 Februari akan datang, kata Setiausahanya Baharin Ahmad.

Continue reading

ANAK PENOLONG SETIAUSAHA JABATAN AMAL NEGERI KEDAH MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

 

AL-FATIHAH

 

Pada 15 Januari lalu, satu kemalangan jalanraya telah mengakibatkan seorang anak Penolong Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah Sdr Mohd Aziz Kasim (gambar)meninggal dunia. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam di Padang Kulim ketika Allahyarham,  Mohd Farizan Mohd Aziz bersama dua orang rakannya dalam perjalanan ke Tembak.

Continue reading